Thursday 27 March 2014

dia lagi...

salam...hihihi..aq xtau nak wat pe da..perasaan aq smakin mendalam..Ya Allah..knapa mcm nie..aq tak kuat...semakin aq menafikan..semakin kuat perasaan nie..kawan aq ade tnya aq "iwa,kalo Allah bagi ko peluang memiliki dy,ape yg ko akan buat?" huhh...trkjot jugak aq dengar...hakikat aq tau,aq xkan memiliki dy...so aq ckp la "tak mungkin aq dpt peluang mcm tu,sbb aty dy memang tak bukak tuk aq" kwn aq tnya lagi "kalo ko diberi peluang,,,kn aq ckp KALO" hehe..aq pon dgn tenang (cehh) ckp la "aq cuba wat dy happy..dan KALO aq dpt memiliki dy,,biar laa masa tu aq hampir dgn mati..tu daa cukup bg aq walaupun aq dpt memiliki dy sekejap..." tapi ada ke peluang mcm tu? rasanya xde..org selalu kata "bila ada dpn mata,,dihiraukan..bila da xde bru nak cari" yeke? tapi dy xpenah cari aq pon...hehehe..  jujur aq JELES dpt tau dy mesra dengan orang lain..bila aq pkir balik..watpe aq nak jeles..dy bkn tau n kesah pun..ishhh...iwa..iwa..hahahaha..doa kan kbhgiaan dy..tu je mampu..urmm (,")(",)

Tuesday 25 March 2014

CINTA DALAM DIAM2

salam semua..hehe..arini xtau la knapa aq nk luah sgt kt blog nie tentang ape yg aq rasa..tapi mugkin hnya aq dan Allah sahaja tau ape yang aq rasa..maklum lah aq bru nak knl cinta sebenar..hihihi..Ya Allah,sakit juga mncintai org yang xcintakan kita...aq dah cuba padam perasaan aq nie..tpy semakin mendalam perasaan nie..kenapa? ary2 aq doa supaya aq mnjauhkan perasaan nie tp semakin dekat...aq tau dy xkan terima aq selamanya...aq tau aq bkn ciri2 yg dy nak...jujur aq cakap setiap kali tgok dy aty aq bgetar(acecece)even dlm gmbr..hihi..kwn2 aq selalu ckp tentang perasaan aq kat dy..tpy aq selalu menafikan sbb aq xnk perasaan nie smakin mendalam...kalau boley biar laa berlalu pergi...Ya Allah,tolong lah hambaMu nie hapuskan rasa cinta pada si dy..aq xnk ade pape perasaan kat dy...mira budak bilik aq ada cakap "sebenarnya iwa suka dy kan? tapi iwa takot" aq pun jawab laa "erh mne ade..xde perasaan pun" tpy hakikatnya aq takot sgt..takot nak bercinta..hahaha..aq tau dy selalu tunjuk happy gn aq (poyo jap) tpy dy saja wat2 happy..betul kata org..selalu cinta yg mnyebabkan persahabatan jadi renggang..so aq xnk la..aq lebih rela bersahabat dari bercinta..biar lah aq buat pengobanan hapuskan perasaan nie...aq cinta ko dalam diam2..hahaha..
dear ko,aq janji yg aq akan hapuskan perasaan nie..aq xkn suka ko selamanya..dan aq syg ko sbg sahabat aq..tapi aq nk ko janji gn aq,kalo aq da xde kt dpn mata ko,TOLONG JANGAN CARI AQ..
huhhh..rasa lega bila wat luahan...kalo x mcm kene hempap je kalo xluah...maaf laa sbb aq cter luahan aq..bknnye ape..aq xtau nk luah kt spe..sbb aq malu sangat..lagi satu,aq xpernah rasa kuat perasaan aq kt seorg laki...Iwa,ko kuat..jgn menyerah kerana cinta..panjang lagi perjuangan yang harus ko tempuhi..ko boleh iwa..percaya pada diri..In sha Allah...doa kan yang baik tuk aq..La Tahzan..Smile Always...

Tuesday 11 March 2014

DOA NABI DAUD..

“ Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.”
(Hadis riwayat At-Tarmizi)
Rasulullah SAW bersabda, “Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s.”

ADAKAH DIA JODOHKU??

Ya Allah, kau tahu perasaanku terhadapnya kerana Kau Maha Mengetahui, jika memang sudah tertakdir jodohku dengannya, Kau peliharalah rasa sukaku terhadapnya sebaliknya jika aku memang tidak tertulis untuknya, Kau hilangkan rasa sukaku terhadapnya. Kerna Kaulah yang sebaik-baik perancang.

CINTA DITOLAK @ PUTUS CINTA

Dan yang terpenting apabila kita kecewa atau sedih dengan keadaan putus cinta atau cinta di tolak ini, lepaskanlah semuanya. Jangan di fikir lagi tentang semua ini, teruskan kehidupan. Semua ini tak mudah. Kadang kala kita terfikir, siapa lagi yang nak kawin dengan kita? Tapi, kita harus mencuba untuk kuatkan diri. Bagaimana? seperti yang saya katakan tadi, lepaskan semuanya, jangan difikir lagi dan teruskanlah kehidupan kita. Dan pada ketika ini, ada sesuatu yang harus kita pelajari iaitu “KEIKHLASAN”. Ya, ikhlas lah. Apabila kita ikhlas, kita pasti melakukan semua itu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah. Tanamkan ini dalam hati kita, sematkan niat untuk ikhlas ini. Pasti, saya dan anda semua akan merasakan satu ketenangan. Jangan di fikir lagi, siapa yang salah dan siapa yang betul dalam hal ini. Jangan di fikir kenapa dia melakukan semua ini pada kita. Jangan difikir dengan siapa kita nak kawin dan adakah dia akan kembali lagi pada kita? Dia ini jodoh kita ke tak sebenarnya? Satu yang boleh saya katakan tentang setiap persoalan ini iaitu “sejauh mana pun kita fikir tentang semua ini, kita tidak akan menemui jawapannya”. Jika anda bertanya, Mengapa? Jawabnya pemikiran manusia ini terbatas, kita tidak tahu sesuatu yang ghaib melainkan Allah Maha mengetahui. Kemudian, ikhlas lah dan yakinlah setiap apa yang kita lakukan sama ada baik atau buruk, Allah pasti akan membalasnya. Sematkan ini juga di hati kita. Kita tak boleh lemah.