“ Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta
kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku
menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada
air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon
cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat
mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau
anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia
kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang
Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia
keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah,
jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku
kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya
Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan
hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan
jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah,
jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku
demi keredhaan-Mu.”
(Hadis riwayat At-Tarmizi)
Rasulullah SAW bersabda, “Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s.”
Tuesday, 11 March 2014
ADAKAH DIA JODOHKU??
Ya Allah, kau tahu perasaanku terhadapnya kerana Kau Maha Mengetahui,
jika memang sudah tertakdir jodohku dengannya, Kau peliharalah rasa
sukaku terhadapnya sebaliknya jika aku memang tidak tertulis untuknya,
Kau hilangkan rasa sukaku terhadapnya. Kerna Kaulah yang sebaik-baik
perancang.
CINTA DITOLAK @ PUTUS CINTA
Dan yang terpenting apabila kita kecewa atau sedih dengan keadaan putus
cinta atau cinta di tolak ini, lepaskanlah semuanya. Jangan di fikir
lagi tentang semua ini, teruskan kehidupan. Semua ini tak mudah. Kadang
kala kita terfikir, siapa lagi yang nak kawin dengan kita? Tapi, kita
harus mencuba untuk kuatkan diri. Bagaimana? seperti yang saya katakan
tadi, lepaskan semuanya, jangan difikir lagi dan teruskanlah kehidupan
kita. Dan pada ketika ini, ada sesuatu yang harus kita pelajari iaitu
“KEIKHLASAN”. Ya, ikhlas lah. Apabila kita ikhlas, kita pasti melakukan
semua itu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah. Tanamkan ini dalam
hati kita, sematkan niat untuk ikhlas ini. Pasti, saya dan anda semua
akan merasakan satu ketenangan. Jangan di fikir lagi, siapa yang salah
dan siapa yang betul dalam hal ini. Jangan di fikir kenapa dia melakukan
semua ini pada kita. Jangan difikir dengan siapa kita nak kawin dan
adakah dia akan kembali lagi pada kita? Dia ini jodoh kita ke tak
sebenarnya? Satu yang boleh saya katakan tentang setiap persoalan ini
iaitu “sejauh mana pun kita fikir tentang semua ini, kita tidak akan
menemui jawapannya”. Jika anda bertanya, Mengapa? Jawabnya pemikiran
manusia ini terbatas, kita tidak tahu sesuatu yang ghaib melainkan Allah
Maha mengetahui. Kemudian, ikhlas lah dan yakinlah setiap apa yang kita
lakukan sama ada baik atau buruk, Allah pasti akan membalasnya.
Sematkan ini juga di hati kita. Kita tak boleh lemah.
Wednesday, 11 December 2013
~Mira a.k.a peneman gosip~
Salam semua..wauu..berhabuk la blog aq..lame xupdate..hehehe..saja je nk cter pasal mira nie..dy nie dak nogori sembilan..baik,comel la sgt,suke dgr luahan aty aq..cehhh..poyo seyh..saja nk mbgga kan si mira nie..frend foerever ye mira gedikss..lebiuu mira..hahaha..(i'm not lesbian) ececece...
Thursday, 3 October 2013
welcome oktober :)
hello oktober..ohh..this month totally is final exam..ohh no..semalam OSCE ANATOMI..alhamdulillah berjaya buat yang terbaik..result nnty redha jela..next week OSCE ASAS JURURAWAT 2 pulak..hope berjaya buat yg terbaik..InsyaAllah..Then final pulak muncul..urmm,mudah2an dpt jwb laa..Aminnn..
Tuesday, 3 September 2013
assignment..
salam...hehehe..da lame xupdate blog hihih...xde pe nk di ceritakan..urmm nk bgtau assgnment xsiap lg..ohh tidak..tidak..wake up iwa..dont be lazy..ahahaha..xtau nk cerita ape daaa..hihihi..k laa..bye bye..
Thursday, 1 August 2013
balik kampung a.k.a balik bandar
salam..yeahh mlm nie aq nk bertolak balik kmpung..opsss bkn balik kmpung tp balik bandar..bandar laa sgt..hehehe balik puchong weyh..rindoo giler sebulan tak balik..hehehe..hope mlm nie pjlnan aq selamat pergi dan selamat balik..mlm nie bertolak kul 10 mybe smpy kul 5 pg..then sahur kt hentian putra tu je laaa..wuuuu.. (",)
Subscribe to:
Posts (Atom)